@_@ TEMAN setia @_@

Thursday 26 April 2012

Sejarah dan Kisah Laut Mati

Setiap apa yang Allah jadikan di dunia ini pasti mempunyai sejarah dan kisah tersendiri. kita sebagai umat zaman sekarang berhak mengkaji serta meneroka sejarah para Anbia agar kita tahu apa yang berlaku sekarang sebenarnya sudah pernah berlaku jutaan tahun dulu. Dalam kitab Al-Quran banyak tersedia kisah-kisah sejarah dan tauladan masyarakat zaman lampau yang telah dimusnahkan akibat kekufuran mereka sebagai contoh kisah kaum Nabi Luth yang dimusnahkan Allah hanya dalam satu malam.


Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .
Laut Mati bersebelahan dengan  Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.
Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.
Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana’an pada ketika itu.
Seterusnya mereka ke Mesir dan berpisah di situ. Nabi Luth a.s berhijrah ke satu kawasan bernama Sodom dan Jemoroh yang kini merupakan kawasan bernama Jazirah Lisan terletak di selatan Laut Mati.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.

Ini diterangkan di dalam Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A’araf :


80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ”Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
81. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. 

Perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat 80 ialah Homoseks.
Dakwah dan amaran keras Nabi Luth a.s tidak dipedulikan oleh kaum Sodom dan Jemoroh malah mereka bertindak untuk mengusir Nabi Luth a.s dari wilayah tersebut dan menuduh Luth a.s hanya berpura-pura menunjukkan kebaikkan.
Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.
Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.
Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :
2. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.


Begitulah kisah umat Nabi Luth a.s yang telah dilenyapkan oleh Allah serta merta. - sumber




No comments:

Post a Comment