@_@ TEMAN setia @_@

Tuesday 24 April 2012

ATLANTIS : Tamadun Kaum Nabi Nuh Yang Hilang Ditenggelami Air

Sempena berakhirnya era Space Shuttle pada 8 Julai 2011 dengan perlancaran Altantis STS-135, saya mahu berkongsi sedikit pengetahuan saya mengenai tamadun Atlantis yang saya ambil dari internet dan Youtube dan cuba mengaitkannya dengan kisah Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.


Pelancaran Atlantis STS-135 

sejarah permulaan tamadun manusia:-

Manusia atau Homo Sapiens telah wujud di atas Bumi ini lebih kurang 100,000 tahun yang lalu.  Pada Zaman Ais sebelum 10,000 tahun yang lalu, manusia telah mula mengembara dan memburu. Mereka membuat banyak lukisan di dinding-dinding gua besar dan tinggal di dalamnya. Mereka memburu Mammoth dan binatang-binatang lain. Pakaian mereka dibuat dari bulu-bulu haiwan untuk menahan suhu sejuk melampau di persekitaran luar mereka.

Apabila berakhirnya Zaman Ais, manusia mula mempelajari ilmu pertanian untuk bercucuk tanam. Pelbagai teknologi baru dicipta seperti teknik pengairan, kitaran tanah 4 musim, penggunaan haiwan sebagai pengangkutan, roda, pembinaan dan banyak lagi sehingga terbentuklah beberapa buah tamadun seperti Mesoptamia, Mesir Purba, Aztec, Maya, Indus dan banyak lagi yang kita ketahui hari ini.

Masalah terbesar dengan gambaran di atas ialah pada Zaman Ais dahulu tidak seluruh permukaan Bumi diliputi ais. Hanya sebahagian besar kawasan hemisfera utara seperti benua Amerika Utara, Eropah, Russia, Jepun dan sebagainya sahaja diliputi ais. Benua Antartika lebih besar daripada yang kita lihat hari ini. Dan disebabkan pada Zaman Ais dahulu air lebih banyak wujud dalam bentuk ais, maka paras air laut pada 10,000 tahun lalu jauh lebih cetek daripada paras laut hari ini. Mengikut kajian saintis, paras air laut pada Zaman Ais ialah 100 meter lebih cetek berbanding zaman sekarang.

Ini bermakna semua kawasan tanah yang subur dan baik untuk pertanian semasa Zaman Ais dahulu - juga sesuai untuk membangunkan tamadun manusia - kini telah berada di bawah air laut.

Tamadun Atlantis - gambaran artis.

Di dalam bukunya yang bertajuk Eden In The East, Oppenheimer membuat kesimpulan bahawa Pentas Sunda di Asia Tenggara pada Zaman Ais dahulu merupakan sebuah benua yang besar kerana air paras air laut yang lebih cetek. Pentas Sunda juga beriklimkan tropika kerana kedudukkanya yang terletak pada garisan Khatulistiwa - sesuai untuk aktiviti pertanian kerana menerima lebih banyak pancaran cahaya Matahari. Manakala kawasan hemisfera utara pada Zaman Ais dahulu masih diliputi ais dan beriklim sejuk melampau- tidak sesuai untuk aktiviti pertanian.

Pentas Sunda atau Sundaland.

Oppenheimer mendakwa bahawa terdapat sebuah tamadun besar bersaiz dua kali ganda keluasan India sekarang pernah wujud di atas Pentas Sunda ini. Tetapi disebabkan paras air laut yang meningkat secara drastik pada kemuncak Zaman Ais, tamadun ini telah hilang kerana musnah ditenggelami air laut disekelilingnya. 
Gambaran permukaan geografi Nusantara pada Zaman Ais dahulu.

Adakah tamadun yang hilang ini ada kaitan dengan kisah kaum Nabi Nuh yang telah ditenggelami air dan ianya terletak di kawasan Nusantara?


sumber :- internet

No comments:

Post a Comment