@_@ TEMAN setia @_@

Thursday 26 April 2012

Sejarah dan Kisah Laut Mati

Setiap apa yang Allah jadikan di dunia ini pasti mempunyai sejarah dan kisah tersendiri. kita sebagai umat zaman sekarang berhak mengkaji serta meneroka sejarah para Anbia agar kita tahu apa yang berlaku sekarang sebenarnya sudah pernah berlaku jutaan tahun dulu. Dalam kitab Al-Quran banyak tersedia kisah-kisah sejarah dan tauladan masyarakat zaman lampau yang telah dimusnahkan akibat kekufuran mereka sebagai contoh kisah kaum Nabi Luth yang dimusnahkan Allah hanya dalam satu malam.


Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan dan kira-kira 95 km dari Mantiqah Karak .
Laut Mati bersebelahan dengan  Negara Palestin yang kini ditakluki oleh Yahudi Laknatullah yang boleh dilihat dari sini. Berada 397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.
Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.
Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana’an pada ketika itu.
Seterusnya mereka ke Mesir dan berpisah di situ. Nabi Luth a.s berhijrah ke satu kawasan bernama Sodom dan Jemoroh yang kini merupakan kawasan bernama Jazirah Lisan terletak di selatan Laut Mati.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.

Ini diterangkan di dalam Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A’araf :


80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: ”Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?
81. “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas”. 

Perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat 80 ialah Homoseks.
Dakwah dan amaran keras Nabi Luth a.s tidak dipedulikan oleh kaum Sodom dan Jemoroh malah mereka bertindak untuk mengusir Nabi Luth a.s dari wilayah tersebut dan menuduh Luth a.s hanya berpura-pura menunjukkan kebaikkan.
Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.
Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.
Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :
2. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.


Begitulah kisah umat Nabi Luth a.s yang telah dilenyapkan oleh Allah serta merta. - sumber




Rakyat Malaysia Kahwin Sejenis di Greece





Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara.
Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.
Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain.
Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris.
Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah – Oleh SYAHRIL A. KADIR


PEMUDA MELAYU KAHWINI LELAKI


 Gambar yang diambil daripada sebuah laman web, perkahwinan pasangan gay melibatkan seorang pemuda Melayu dan lelaki Inggeris bergambar bersama jemputan di suatu lokasi dipercayai di luar negara.



16 disember tahun lalu Malaysia digemparkan dengan kisah Seorang pemuda Melayu yang mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.


sumber

Wednesday 25 April 2012

AKHIR ZAMAN : Kaum Nabi Luth Semakin Meningkat


Tarikh 24 Julai menjadi hari pertama perkahwinan undang-undang untuk pasangan seks sama jantina di Negera New York. Kini NY merupakan negeri ketujuh di AS yang menyertai Connecticut, Iowa, Massachusetts, New Hampshire, Vermont dan Washington DC pada senarai tempat di mana pengamal perkahwinan sejenis gay dan lesbian boleh mendaftar perkahwinan mereka mengikut undang-undang perkahwinan.

Sebulan sebelum itu, Dewan Senat NY mengundi meluluskan rang undang- undang keluarga yang membenarkan perkahwinan sejenis dengan majoriti 4 undian. Undang-undang yang berkuat kuasa pada 24 Julai telah ditandatangani oleh Gabenor.



" Kaum Luth pun telah mendustakan ancaman-ancaman ( Nabinya ). Sesungguhnya Kami telah menghembuskan kepada mereka angin yang membawa batu-batu (yang menimpa mereka ), kecuali keluarga Luth. Mereka Kami selamatkan di waktu sebelum fajar menyingsing. Sebagai nikmat dari Kami. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya dia ( Luth ) telah memperingatkan mereka akan azab-azab Kami, maka mereka mendustakan ancaman-ancaman itu. (QS Al Qamar 33-36 )" 

[Ajaran dalam agama Kristian sendiri melarang perkahwinan sejenis.  Mereka ini ialah orang-orang yang engkar lalu membuat keputusan mengikut hawa nafsu semata-mata].

sumber : internet





TEKANAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan golongan pelapis kepada golongan dewasa hari ini untuk membangun dan mentadbir negara pada masa hadapan. Sebagai tunggak harapan negara, adalah perlu bagi mereka menyediakan diri secukupnya pada hari ini supaya mereka dapat berperanan apabila tiba masanya. Tidak dapat dinafikan, melalui pendidikan remaja akan dapat menyediakan diri mereka dengan sebaiknya. Namun demikian, hanya dengan fizikal dan mental yang sihat peluang-peluang pendidikan dapat dimanfaatkan oleh para remaja. Ini kerana mereka yang mengalami gangguan pada salah satu daripada aspek yang dinyatakan tadi akan menghadapi halangan untuk berfungsi dengan baik. ]usteru, kesihatan flzikal dan mental merupakan perkara penting yang perlu dimiliki oleh setiap remaja supaya mereka dapat memainkan peranan pada hari ini dan seterusnya mengambil alih tanggungjawab dari golongan dewasa pada masa hadapan. Salah satu perkara yang boleh memberikan gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental ialah gangguan tekanan

Tinjauan terhadap kajian-kajian yang pernah dijalankan di dalam dan di luar negara menunjukkan bahawa terdapat beberapa punca utama tekanan rernaja seperti faktor persekolahan, rakan sebaya dan ibu bapa. Faktor-faktor yang dinyatakan itu mempunyai kaitan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan beberapa perubahan yang perlu dilalui semasa proses transisi dari alam kanak-kanak ke alam remaja. lni bermakna perubahan semasa transisi yang menuntut seseorang mernbuat penyesualan merupakan salah satu punca yang menimbulkan tekanan kepada para rernaja.


Perubahan semasa transisi

Peringkat perkembangan dari satu perlngkat ke peringkat yang lain boleh menjadi tempoh yang mendatangkan tekanan kerana terdapat perubahan-perubahan yang perlu dilalui di setiap peringkat transisi itu yang memerlukan seseorang membuat penyesuaian. Apabila seseorang tidak dapat membuat penyesuian terhadap perubahan yang dialaminya, tekanan mungkin berlaku. Sebagai contoh, masa perkembangan remaja merupakan tempoh di mana berlaku paling banyak perubahan berbanding masa perkembangan yang lain kecuali perkembangan pada peringkat bayi. Perubahan fizikal yang dikaitkan dengan kematangan atau baligh, perkembangan pemikiran logik dan keupayaan dalam osio-kognitif semuanya berlaku semasa remaja. 

Perubahan-perubahan tersebut berlaku seiring dengan perubahan yang dialami dalam pergaulan dengan rakan sebaya, perubahan dalam cara perhubungan dengan ahli-ahli keluarga, guru dan masyarakat sekeliling, Remaja yang sedang menecari identiti dalam tugas perkembangan remaja senang menganggap din mereka sebenarnya mengalami perubahan sebagai seorang dewasa. Malah mengikut kebanyakan ibu bapa, rernaja diharap dapat menunjukkan perlakuan sebagai seorang dewasa. Bagaimana pun ibu bapa kadang kala melayani mereka seperti kanak-kanak. Dengan adanya konflik begini terutarna dalam membuat penyesuaian did boleh mengakibatkan mereka berasa tertekan.

Perubahan di peringkat awal remaja
  • Baligh 
 Penampilan dewasa dan saiz fizikal Keupayaan reproduktif
 Perubahan endokrin dalaman Perubahan kognitif
 Kebolehan pemikiran abstrak

  • Rakan sebaya  
Kesamaan
Tekanan untuk mencuba perkara-perkara baru

  • Sekolah 
Perubahan struktur dan format persekolahan

  • Ibu bapa
Maklumbalas ibu bapa terhadap perkembangan remaja ke dewasa
Rangsangan seksual kepada kanak-kanak yang baru baligh
Kebarangkalian perpisahan dengan ibu bapa

  • Masyarakat
Harapan dan ekspektasi terhadap remaja
Pemilihan dan peluang kerjaya


Dapat dilihat beberapa contoh perubahan yang dilalui oleh remaja yang rnernerlukan mereka membuat penyesuaian. Perubahan itu meliputi perubahan dalam diri seperti perubahan dari segi fizikal dan biologi, moral dan kognitif
dan perubahan luaran seperti sekolah, hubungan dengan ibu bapa dan rakan sebaya.
Perubahan dari segi biologi seperti mengalami haid bagi remaja perempuan dan perubahan pada saiz anggota tertentu tubuh badan merupakan salah satu perubahan yang memerlukan penyesuaian. Begitu juga dengan perubahan dari segi fizikal dari segi berat dan ketinggian yang merupakan imej kepada mereka. 

Bagi rernaja, imej tubuh badan mereka yang menarik dari segi berat dan tinggi rnerupakan perkara yang penting bagi mereka. Menurut Koff, Rierdan dan Stubbs (1990) penampilan fizikal yang menarik adalah arnat penting untuk penilaian kendiri yang positif, populariti dan penerimaan rakan sebaya.

Bagi remaja yang mementingkan penampilan sedemikian sudah pasti berusaha untuk memiliki fizikal yang menarik.
Pengaruh media massa yang sering menekankan mengenai fizikal yang menarik dengan menampilkan model dan peragawati sebagai contoh, menjadikan mereka yang tidak memiliki penampilan sedemikian berasa tertekan dan memiliki penghargaan kendiri yang rendah. Tekanan kerana tidak memiliki penampilan fizikal yang menarik kadangkala mendorong sesetengah remaja mengamalkan cara pemakanan yang tidak betul dan mendedahkan mereka kepada penyakit anorexia neroosa dan bulimia.


Remaja juga rnengalarni perubahan dari segi pemikiran iaitu kebolehan berfikir secara abstrak. Kebolehan ini memberikan beberapa implikasi seperti dari segi konsep kendiri dan identiti remaja di mana mereka berupaya melihat diri mereka secara abstrak, perubahan dalam hubungan dengan ibu bapa, mencapai tahap perkembangan moral yang lebih tinggi dan egosentrik iaitu mereka merasakan orang lain juga berfikir seperti mereka.


Perubahan dalam struktur dan format persekolahan merupakan satu perubahan yang memerlukan seseorang membuat penyesuaian. Format persekolahan di peringkat sekolah menengah sudah tentu berbeza dengan peringkat sekolah rendah. Bagi pelajar remaja yang berada di peringkat sekolah menengah, perubahan dalam struktur persekolahan menuntut mereka
memberi komitmen yang lebih terhadap pelajaran rnernandangkan di peringkat sekolah menengah mereka bakal berhadapan dengan peperiksaan penting yang merupakan tiket untuk mereka menceburi sesuatu bidang kerjaya. Tidak dapat kita nafikan, sekolah merupakan institusi penting bagi menyalurkan pendidikan kepada generasi muda. Di sekolah, mereka mempelajari ilmu-ilmu baru seperti yang terkandung dalam kurikulum dan juga pengetahuan yang diperolehi secara tidak formal seperti tatacara bersosial dengan rakan sebaya. Sungguhpun demikian, sekolah pada hari ini juga menjadi salah satu tempat yang mungkin boleh dikaitkan dengan tekanan yang dialami oleh para remaja. Sekolah seolah-olah telah menjadi pusat industri dan bersifat product-oriented.

Cara sedemikian merupakan satu pengabaian terhadap perbezaan individu di dalam proses pembelajaran. Faktor media massa yang mengetengahkan berita mengenai pelajar yang cemerlang membuatkan pelajar yang kurang cernerlang merasa
terpinggir, tertekan, rendah diri dan gangguan emosi. Maka tidak hairanlah apabila kita membaca berita terdapat pelajar yang membunuh diri hanya kerana gagal dalam peperiksaan.

Kerja rumah dan peperiksaan merupakan dua perkara yang saling berkait. Dalam era di mana pendidikan merupakan unsur penting untuk memajukan diri, pencapaian seseorang pelajar diukur dalam peperiksaan. Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan memberi peluang terbuka bagi membolehkan seseorang mendapat tempat ke institut pengajian tinggi dan seterusnya memperolehi kerjaya yang baik dalam masyarakat. Keputusan yang cemerlang hanya akan terhasil melalui usaha yang bersungguh-sungguh melalui pembacaan, latih tubi dalam kelas dan juga kerja rumah yang diberi oleh guru. Namun kerja rumah yang terlalu banyak bagi setiap mata pelajaran boleh membebankan pelajar dan menafikan hak mereka untuk berseronok semasa di alam remaja. Kerja rumah yang terlalu banyak untuk diselesaikan juga boleh menyebabkan pelajar
menghadapi masalah kesuntukan masa untuk mengulangkaji dan ini boleh menimbulkan tekanan.

Keperluan menghadiri kelas tambahan juga merupakan satu lagi perkara yang boleh menjadi punca tekanan pelajar remaja. Penekanan kepada peperiksaan dalam sistem pendidikan memperlihatkan satu lagi perkara yang rnenjadi amalan bagi kebanyakan sekolah iaJah mewujudkan kelas tambahan untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada asasnya kewujudan kelas tambahan merupakan suatu yang positlf di mana ia boleh membantu mempercepat dan meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik. Namun, keperluan menghadiri kelas tambahan boleh mendatangkan satu lagi ekanan seandainya penjadualannya tidak mengambil kira keperluan pelajar yang masih berada di peringkat rernaja. Mereka juga memerlukan masa untuk berehat, bersosial, melakukan rekreasi di samping melakukan kerja-kerja yang ada kaitannya dengan akademik seperti membaca dan mengulangkaji pelajaran.

Persekitaran akademik yang memberikan tekanan dikhuatiri akan menimbulkan masalah lain seperti masalah keciciran, konsep dan penghargaan kendiri yang rendah dan juga kemungkinan membunuh diri. Dengan kala lain, sekolah tidak seharusnya menjadi tempat yang mendatangkan tekanan kepada para remaja tetapi ia harus berperanan sebagai institusi yang mampu melahirkan pelajar yang dapat menjadi warga yang sihat fizikal dan mentalnya demi menjadi warga yang berguna.

Bagi ibu bapa pula, walaupun mengetahui bahawa anak-anak mereka sedang dalam peringkat menuju kedewasaan, mereka merasakan masalah perlu memberikan panduan dan campurtangan dalam perkara-perkara yang dibuat oleh anak-anak mereka, sedangkan anak-anak rema]a mahukan yang sebaliknya dari ibu bapa mereka. Pertentangan ini mencetuskan konflik dan konflik ini mencetuskan tekanan kepada kedua-dua pihak. Bagi remaja ada beberapa perkara yang mendatangkan tekanan berpunca dari ibu bapa mereka.

Beberapa sikap ibu bapa seperti kurang sabar, terlalu keras atau kurang bertolak ansur dalam mendidik anak-anak dan tidak konsisten dalam memberikan arahan merupakan antara sifat-sifat yang mendorong ke arah wujudnya tekanan di kalangan anak-anak remaja.

Sikap kurang memahami ibu bapa dengan anak rernaja mereka akan mencetuskan ketegangan dalam hubungan. Tidak dapat dinafikan, dalam masyarakat Malaysia yang sedang mernbangun,kebanyakan ibu bapa mahukan anak-anak mereka mencapai kejayaan dalam pendidikan sebagai jaminan untuk menjawat kerjaya yang balk. Menggalakkan anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan tidak sewajarnya menafikan hak mereka mendapat pengalaman-pengalaman lain yang menarik yang pada kebiasaannya dinikmati semasa usia rem.aja seperti bersosial dan berteman. Bimbingan yang sewajarnya hams diberi oleh ibu bapa agar rernaja mengikut landasan yang betul dalam setiap langkah dan tindakan dan bukannya mengenakan sesuatu peraturan tanpa rasional. Ini kerana membimbing remaja merupakan tanggungjawab yang memerlukan kesabaran dan
komitmen yang tinggi oleh pihak ibu bapa.

Masa rernaja merupakan masa di mana lnteraksi sosial berlaku lebih luas dan tidak terhad dalam lingkungan kekeluargaan semata-mata. Berbeza dengan alam kanak-kanak, rernaja mula mengalihkan perhatian kepada rakan sebaya bahkan bagi sesetengah rernaja, mereka lebih mempercayai rakan sebaya berbandingibu bapa mereka. Rakan ebaya menjadi penting kepada remaja dan tekanan untuk diterima oleh rakan sebaya kadangkala menyebabkan remaja melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan tekanan kepada diri mereka sendiri.

Penerirnaan oleh rakan sebaya meliputi aspek-aspek pencapaian dalam bidang akademik dan juga sosial. Dalam bidang akademik misalnya ada remaja yang berasa rendah diri apabila pencapaian mereka kurang rnemuaskan berbanding rakan mereka. Perasaan malu dan tertekan akan dirasai bagi remaja yang merasakan mereka akan dipandang rendah oleh rakan hanya kerana pencapalan akademik. Dilihat dari aspek sosial pula remaja mahu bertingkahlaku dengan tlngkahlaku yang diterirna oleh rakan. Untuk itu, mereka membuat peniruan dari rakan sebaya yang mana kadangkala ia bertentangan dengan kehendak mereka sendiri. Ada rernaja yang melakukan sesuatu hanya kerana ingin diterima oleh rakan semata-mata walaupun ianya bertentangan dengan nilai dan budaya dan keluarga mereka.

Sebagai kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa rakan sebaya mempunyai pengaruh yang penting kepada golongan remaja. Jika semasa peringkat kanak-kanak, ibu bapa merupakan orang yang berpengaruh kepada seseorang, interaksi telah membolehkan remaja meluaskan ruang untuk bersosial dan rakan sebaya merupakan golongan yang menjadi alternatif kepada ibu bapa sebagai tempat rujukan, justeru, tidak hairanlah kegagalan mendapatkan kesamaan dan penerimaan di kalangan rakan sebaya boleh mendatangkan tekanan kepada remaja.

Akibat Tekanan

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin rnendatangkan kesan yang negatif . Terdapat sesetengah remaja melakukan cara yang
tidak sihat untuk rnengatasi gangguan tekanan yang akhimya cara sedemikian mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Remaja yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian simptom-simptom yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan dewasa mernbantu rernaja yang tertekan bahkan remaja yang menyedari bahawa mereka menunjukkan slmptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan leblh awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku aklbat tekanan berlaku pada diri rernaja.
 
 Cara Mengatasi Tekanan

Sebenamya, kerjasama dari semua pihak umumnya dan dari individu ltu sendiri khususnya adalah sangat penting untuk menangani masalah ini, justeru, masyarakat dan suasana persekitaran sekeliling sangat penting untuk tujuan tersebut. Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi tekanan ialah menggunakan sokongan sosial yang melibatkan individu-individu lain yang mengambil berat dan simpati terhadap individu yang sedang mengalami tekanan. Secara kasamnya, sistem sokongan sosial ini merupakan strategi yang dapat meringankan tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu, remaja khususnya. 

Sejauh mana seseorang dapat mengawal rasa tertekan banyak bergantung kepada keupayaannya berhubungan dengan orang lain
dan mengekalkan hubungan tersebut untuk suatu jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, perbincangan dan luahan perasaan bukan sahaja dapat mengurangkan rasa tekanan tetapi juga melegakan perasaan yang bercelaru akibat tekanan. Di sini dapat kita simpulkan bahawa individu-individu yang rapat dengan remaja itu sendiri akan menjadi tempat rujukan para remaja apabila mereka memerlukan bantuan, Bagi sesetengah remaja sokongan itu datang dari ibu bapa dan bagi sesetengah remaja, rakan sebaya merupakan ternpat yang paling selesa untuk mereka mendapatkan sokongan dan bantuan. Orang dewasa merupakan tempat pergantungan yang membolehkan rernaja berasa selamat. 

Pergantungan kepada orang-orang yang mereka boleh percayai dan harapkan membolehkan mereka untuk membina hubungan inter-personal yang lebih baik dengan orang sekelilling dan diharapkan ianya dapat mengurangkan tekanan emosi yang mungkin dihadapi dalam kehidupan. Apa yang penting di sini ialah sejauh mana mereka yang dirujuk itu dapat berperanan mengurangkan kecelaruan dan kekusutan yang dialarni dengan cara yang betul dan tidak menyimpang dari landasan norma
rnasyarakat.
Selain keperluan kepada wujudnya sistem sokongan sosial yang kuat, strategi yang lain juga harus dikenal pasti. Mengubah gaya hidup dan persekitaran yang menjadi punca kepada tekanan merupakan satu cara yang boleh mengurangkan tekanan. Sebagai
contoh, tekanan dari sudut akademik yang dialami oleh remaja berkernungkinanberpunca dad kelemahan mereka menyusun jadual.

Tuesday 24 April 2012

GEJALA GAY DI MALAYSIA

Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan bencana alam yang ditinggalkan untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.

Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri, makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.

Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator, Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak. Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)

Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan. Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung, apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat besar buat generasi anak dan cucu kita?

Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat manusia termasuk di negara ini.

Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu. Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground. Terbaru terdapat pengumuman yang mengaku ” saya gay, saya ok” dari seorang MELAYU ISLAM di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?

Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar tabi'e. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama jika sesama lelaki bersekedudukan?

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.

Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama dahsyat dengan keadaan di Uganda.

ATLANTIS : Tamadun Kaum Nabi Nuh Yang Hilang Ditenggelami Air

Sempena berakhirnya era Space Shuttle pada 8 Julai 2011 dengan perlancaran Altantis STS-135, saya mahu berkongsi sedikit pengetahuan saya mengenai tamadun Atlantis yang saya ambil dari internet dan Youtube dan cuba mengaitkannya dengan kisah Nabi Nuh seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.


Pelancaran Atlantis STS-135 

sejarah permulaan tamadun manusia:-

Manusia atau Homo Sapiens telah wujud di atas Bumi ini lebih kurang 100,000 tahun yang lalu.  Pada Zaman Ais sebelum 10,000 tahun yang lalu, manusia telah mula mengembara dan memburu. Mereka membuat banyak lukisan di dinding-dinding gua besar dan tinggal di dalamnya. Mereka memburu Mammoth dan binatang-binatang lain. Pakaian mereka dibuat dari bulu-bulu haiwan untuk menahan suhu sejuk melampau di persekitaran luar mereka.

Apabila berakhirnya Zaman Ais, manusia mula mempelajari ilmu pertanian untuk bercucuk tanam. Pelbagai teknologi baru dicipta seperti teknik pengairan, kitaran tanah 4 musim, penggunaan haiwan sebagai pengangkutan, roda, pembinaan dan banyak lagi sehingga terbentuklah beberapa buah tamadun seperti Mesoptamia, Mesir Purba, Aztec, Maya, Indus dan banyak lagi yang kita ketahui hari ini.

Masalah terbesar dengan gambaran di atas ialah pada Zaman Ais dahulu tidak seluruh permukaan Bumi diliputi ais. Hanya sebahagian besar kawasan hemisfera utara seperti benua Amerika Utara, Eropah, Russia, Jepun dan sebagainya sahaja diliputi ais. Benua Antartika lebih besar daripada yang kita lihat hari ini. Dan disebabkan pada Zaman Ais dahulu air lebih banyak wujud dalam bentuk ais, maka paras air laut pada 10,000 tahun lalu jauh lebih cetek daripada paras laut hari ini. Mengikut kajian saintis, paras air laut pada Zaman Ais ialah 100 meter lebih cetek berbanding zaman sekarang.

Ini bermakna semua kawasan tanah yang subur dan baik untuk pertanian semasa Zaman Ais dahulu - juga sesuai untuk membangunkan tamadun manusia - kini telah berada di bawah air laut.

Tamadun Atlantis - gambaran artis.

Di dalam bukunya yang bertajuk Eden In The East, Oppenheimer membuat kesimpulan bahawa Pentas Sunda di Asia Tenggara pada Zaman Ais dahulu merupakan sebuah benua yang besar kerana air paras air laut yang lebih cetek. Pentas Sunda juga beriklimkan tropika kerana kedudukkanya yang terletak pada garisan Khatulistiwa - sesuai untuk aktiviti pertanian kerana menerima lebih banyak pancaran cahaya Matahari. Manakala kawasan hemisfera utara pada Zaman Ais dahulu masih diliputi ais dan beriklim sejuk melampau- tidak sesuai untuk aktiviti pertanian.

Pentas Sunda atau Sundaland.

Oppenheimer mendakwa bahawa terdapat sebuah tamadun besar bersaiz dua kali ganda keluasan India sekarang pernah wujud di atas Pentas Sunda ini. Tetapi disebabkan paras air laut yang meningkat secara drastik pada kemuncak Zaman Ais, tamadun ini telah hilang kerana musnah ditenggelami air laut disekelilingnya. 
Gambaran permukaan geografi Nusantara pada Zaman Ais dahulu.

Adakah tamadun yang hilang ini ada kaitan dengan kisah kaum Nabi Nuh yang telah ditenggelami air dan ianya terletak di kawasan Nusantara?


sumber :- internet

Sunday 22 April 2012

perkembangan alam semesta


Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)


Edwin Hubble
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan. 

Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.

Thursday 19 April 2012

KEMENANGAN BYZANTIN


Sepotong ayat menarik yang terdapat di dalam Al-Qur'an mengenai masa hadapan dapat dilihat dalam ayat pertama surah Rom, yang merujuk kepada empayar Byzantin, bahagian timur kerajaan Roman yang ada dahulu. Dalam ayat ini, ianya dinyatakan bahawa empayar Byzantin menemui kekalahan yang besar tetapi kemudianya ia mendapat kemenangan.


"Alif, Lam, Mim. Telah dikalahkan bangsa Rom. Di tanah yang paling rendah di permukaan bumi, dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam berapa tahun. Bagi Allah lah urusan sebelum dan sesudah". Surah Ar-Rum: 1-4.





Ayat ini diturunkan lebih kurang tahun 620 sebelum masihi, hampir 7 tahun selepas kekalahan teruk kerajaan kristian Byzantin di tangan kerajaan penyembah berhala Persia. Tetapi ia didedahkan di dalam ayat tersebut bahawa kerajaan Byzantin akan mendapat kemenangan kembali dalam masa yang singkat. Sebenarnya, Byzantin telah awal lebih sengsara menanggung kerugian yang besar yang kelihatan seolah-olah amat mustahil baginya, bahkan untuk kekal bertahan, untuk menang kembali. Bukan sahaja Persia, tetapi Avar, Slav, dan Vonhard juga memberikan ancaman yang besar kepada empayar Byzantin. Kerajaan Avar telah pun menjangkau dinding kota Konstantipol. Maharaja Byzantin Heraklius telah memerintahkan supaya meleburkan emas dan perak di gereja-gereja untuk mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan ketenteraan, apabila semua ini masih tidak mencukupi bahkan patung-patung gangsa juga dileburkan untuk tujuan yang sama. Banyak gabenor-gabenor memberontak menentang Heraklius. Dan empayar ketika itu berada dalam kedudukan hampir roboh. Mesopotamia, Alicik, Syria, Palestin, Mesir dan Armenia yang pada asalnya berada di bawah jajahan Byzantin, telah pun diceroboh oleh Persia.


Ringkasnya, semua yang ada ketika itu menjangkakan empayar Byzantin akan musnah. Tetapi pada ketika itu, ayat pertama surah Rum diturunkan memaklumkan kemenangan Byzantin dalam beberapa tahun. Kemenangan ini dilihat amat mustahil sehinggakan kaum Arab jahiliyyah mempersendakan ayat ini, mereka beranggapan bahawa kemenangan yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an itu tidak akan menjadi kenyataan.


Lebih kurang 7 tahun selepas ayat pertama surah Rom diwahyukan pada Disember 627 selepas masihi, peperangan sengit di antara Byzantin dan empayar Persia berlaku di Ninaveh, dan kali ini, askar Byzantin tidak disangka-sangka berjaya menewaskan tentera Persia. Beberapa bulan kemudian, kerajaan Persia telah membuat perjanjian degan Byzantin, yang mewajibkan mereka menyerahkan kembali kawasan yang mereka rampas.






Di akhirnya, kemenangan kerajaan Rom yang dinyatakan oleh Maha Suci di dalam Al-Qur'an, menjadi kenyataan


Satu lagi keajaiban yang dinyatakan di dalam ayat ini ialah perkhabaran mengenai fakta dari sudut geografi yang tidak diketahui oleh sesiapa pun ketika itu. Dalam ayat ke 3 surah Rom, kita dimaklumkan bahwa kerajaan Rom telah ditumpaskan di bahagian paling rendah di permukaan bumi. Frasa 'Adna ard' dalam bahasa arab diertikan sebagai 'kawasan yang berhampiran' dalam kebanyakan penafsiran. Tetapi ini bukanlah pengertian literal dari kenyatan yang asal, tetapi lebih berbentuk pentafsiran secara kiasan (metaforik). Perkataan 'adna' dalam bahasa arab berasal dari perkataan' daniy' yang bermaksud 'rendah' dan 'ard' bermaksud bumi.


Dengan itu kenyatan'adna al-ard' memberi erti kawasan yang paling rendah di muka bumi.


Apa yang menarik, saat penting peperangan yang terjadi di antara empayar Byzantin dan Persia ketika Byzantin di tewaskan dan kehilangan wilayah Jerusalem, benar-benar terjadi di titik paling rendah di muka bumi. Kawasan ini dikenali sebagai Teluk Laut Mati yang terletak di titik persilangan antara tanah Syria, Palestin dan Jordan. Laut mati yang terletak 395 meter di bawah paras laut, sebenarnya adalah kawasan paling rendah di muka bumi.


Ini bermaksud bahawa kerajaan Byzantin telah ditewaskan di kawasan paling rendah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat tersebut.


Seperkara yang penting di sini ialah fakta bahawa altitud Laut Mati hanya dapat diukur dengan teknik pengukuran moden. Sebelum itu, adalah amat mustahil bagi sesiapun untuk mengetahui bahawa ianya adalah kawasan yang paling rendah di muka bumi. Tetapi hal ini telah disebut di dalam Al-Qur'an, oleh yang demikian bukti ini sekaligus membuktikan bahawa Al-Qur'an adalah wahyu dari Maha Suci Tuhan.


Abbas Mahu Israel Buka Semua Pintu Sempadan Gaza

Khamis, 17/06/2010 – Israel harus membuka semua tujuh pintu sempadan ke Gaza, Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengatakan pada hari Selasa, kerana Israel sedang mempertimbangkan cara untuk mengurangkan kepungan di jalur Gaza.

Menteri Kebajikan Isaac Herzog mengatakan Israel sedang meneliti usul tersebut, menyebut dasar ini kontraproduktif dan mengesahkan utusan Timur Tengah Tony Blair bahawa perubahan itu mungkin.

Israel telah mendapat tekanan antarabangsa untuk mencabut kepungan selepas dari serangan terhadap sebuah armada kapal bantuan pada 31 Mei, di mana pasukan Israel membunuh 9 orang.

“Kepungan Israel di Gaza harus ditamatkan dalam ertikata tujuh pintu sempadan Israel harus dibuka untuk semua keperluan Jaluran Gaza,” kata Abbas selepas bertemu Presiden Mesir Hosni Mubarak di resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Israel mengenakan kepungan selepas kumpulan Islam Hamas memenangi pilihan raya legislatif tahun 2006. Langkah-langkah sekatan diperketat selepas Hamas merebut kekuasaan di Jaluran Gaza pada tahun 2007. Mesir, satu-satunya negara lain untuk sempadan Gaza, telah menghadapi kritikan dari masyarakat Arab yang menyekat kemasukan ke Gaza.

sumber : Yahoo! News
ASSALAMUALAIKUM sahabat.
lame sudah x update blog nih.Arini sy xde mood nk mengarang.
So, ape kate kite cuci mate dengan menonton video 

Kegemilangan, Keruntuhan & KEBANGKITAN

tamadun. Ayuh sahabat, semoga ape yg kita lihat dapat dijadikan teladan kpd kita.





ehem ehem. cukup x satu je video? okay ape kate kite tengok pulak SEJARAH ISLAM YG SEBENAR...
kite renungkan bersama ye sahabat..