@_@ TEMAN setia @_@

Tuesday 20 March 2012

Wanita Dalam Struktur Bangsa Parsi

Parsi ialah koloni yang mempunyai autoriti dalam menentukan sistem sosial dan perundangan di merata-rata negara jajahannya, namun ia tidak lebih daripada undang-undang zalim yang menindas hak-hak wanita. Mereka mengenakan hukuman yang berat bagi wanita, sekalipun hanya untuk kesalahan kecil, sedang di pihak lain, kaum lelaki memiliki kebebasan tanpa batas.

"Menurut pandangan bangsa Parsi kala itu, hukuman hanya berlaku bagi wanita. Bahkan apabila seorang wanita mengulangi kesalahannya, dia harus dihukum mati".

Di negeri Parsi, seorang wanita dilarang berkahwin dengan lelaki yang bukan penganut ajaran Zoroaster, sedangkan lelakinya pula mempunyai kebebasan untuk bertindak apa sahaja menurut kehendaknya, sebab lelaki adalah raja. Hidup kaum wanita sangat terbelenggu. Bahkan ketika haid mereka harus diasingkan dan dihantar ke tempat yang jauh di luar kota di mana tiada seorang pun boleh bergaul dengannya, selain pelayan yang menyediakan makanan untuknya.

No comments:

Post a Comment