@_@ TEMAN setia @_@

Monday 19 March 2012

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM

Wanita dalam Pandangan Bangsa Yunani

Bangsa Yunani terkenal sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan kebudayaan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan peradaban dan kebudayaan bangsa-bangsa lain pada zamannya. Akan tetapi apabila kita teliti pada permulaan kemunculan mereka di panggung sejarah, kita akan dapati bahawa wanita dalam masyarakat Yunani berada di puncak kemerosotan dalam segala aspek kehidupan mereka.

"Dalam sistem sosial masyarakat Yunani waktu itu, kaum wanita sama sekali tidak memiliki kedudukan atau posisi yang layak"

Bahkan kaum lelaki mempunyai kepercayaan bahawa wanita ialah sumber segala penyakit dan bencana dan mereka dianggap sebagai makhluk yang paling rendah. Wanita berada pada darjat yang sangat rendah, sehinggakan kaum lelaki pada waktu itu tidak mahu berada si satu meja bersama kaum wanita, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang menerima tetamu asing, maka kaum wanita diperlakukan tidak ubah seperti hamba dan pelayan.

Seiring perjalanan waktu, pandangan bangsa Yunani terhadap wanita kemudiannya mengalami perubahan. Dorongan syahwat dan nafsu kebinatangan mendorong mereka untuk memberikan kebebasan kepada kaum wanita. Akan tetapi, kebebasan yang mereka berikan hanyalah berupa kebebasan dalam hal-hal berunsurkan seks semata-mata.

Mereka memberikan kebebasan yang seluas-luasnya dalam hal ini kepada kaum wanita, sehingga ramai yang mencampakkan diri ke kancah pelacuran. Akibatnya, wanita pelacur dan penzina pada waktu itu dianggap memiliki kedudukan yang tinggi sehingga para pemimpin mereka beramai-ramai mendatangi dan mendekati golongan tersebut. Bahkan mereka turut mereka-reka cerita dongeng yang berunsurkan seks.

DEWA ASMARA 
Antara cerita dongeng tersebut ialah sebuah cerita yang menyebut bahawa Dewa Kupid ialah Dewa Asmara. Menurut mereka, Kupid merupakan hasil hubungan gelap Avrodet, di mana dia telah mengadaka hubungan terlarang dengan tiga tuhan padahal dia merupakan isteri kepada salah satu tuhan. Lalu, Avrodet juga menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki daripada golongan manusia. Daripada hubungan gelap dengan manusia inilah, Kupid sang dewa asmara lahir.


Bertitik tolak daripada cerita-cerita rekaan inilah, akhirnya masyarakat Yunani tidak lagi peduli dan menghormati norma pernikahan, kerana wanita munurut pandangan mereka hanyalah komoditi yang tidak berharga dan tidak dikuasai oleh sesiapapun. Mana-mana lelaki pun boleh memilikinya tanpa perlu ada sebarang upacara akad nikah. Demikianlah sejarah mencatat bahawa budaya inilah yang menyebabkan kebesaran Yunani hancur dan sesudah itu mereka tidak lagi memiliki sesuatu yang dapat menjadi tunggak bagi kebesaran mereka.

No comments:

Post a Comment