@_@ TEMAN setia @_@

Tuesday 20 March 2012

KEDUDUKAN WANITA SEBELUM ISLAM - sambungan

 Wanita Dalam Struktur Masyarakat China

Masyarakat China zaman dahulu secara umumnya merupakan sebuah masyarakat yang penduduknya hidup dalam kekacauan dan kebiadaban. Kehidupan mereka nyaris seperti kehidupan yang liar tanpa norma serta jauh daripada pola kehidupan manusia yang semestinya. Mereka saling berpasangan tanpa peraturan dan rasa malu. Anak-anak hanya mengenal ibu-ibu mereka tanpa mengenal siapa bapa mereka. Bagi para wanita tidak ada pilihan lain, selain harus melaksanakan perintah tanpa boleh menyanggah dan membantah.

Dalam masyarakat China zaman itu, hanya kaum lelakilah yang memiliki peranan dalam menentukan ke arah mana peradaban mereka menuju, di mana kaum wanitanya tidak mempunyai sebarang hak waris. Begitu pula jika seorang ayah meninggal, tidak ada hak bagi anak perempuan untuk mendapatkan harta warisan. Mereka menganggap wanita sebagai makhluk rendah yang hanya akan merosak kebahagiaan dan kekayaan.

Wanita Dalam Struktur Masyarakat India

Kedudukan wanita dalam struktur masyarakat India tidaklah lebih baik daripada kedudukan wanita menurut pandangan bangsa Yunani atau Rom. Walaupun bangsa India sejak dahulu terkenal dengan kemajuan ilmu dan peradabannya, kaum wanita dalam struktur masyarakat India tetap diperlakukan sebagai hamba dan kaum lelaki sebagai tuannya sehingga pada masa yang sama, seorang wanita tetap menjadi anak milik bapanya, isteri milik suaminya dan terhadap anak-anaknya, wanita seolah-olah sebagai janda.


"Pada umumnya masyarakat India mempunyai kepercayaan bahawa wanita adalah sumber dosa, kerosakan akhlak dan punca kehancuran jiwa".

Oleh kerana itu, mereka melarang wanita mempunyai hak-hak kebendaan dan warisan. Bahkan wanita tidak mempunyai hak hidup setelah kematian suaminya. Setiap wanita hendaklah turut dibakar hidup-hidup bersama-sama mayat suaminya di atas kobaran api yang sama.

Tradisi Membakar Isteri
Tradisi membakar isteri yang kematian suami ini berlanjutan sehingga cahaya Islam menerangi India, terutamanya sewaktu pemerintahan seorang penguasa yang soleh, Unak Dzaib. Kedatangan Islam ke India telah membebaskan wanita daripada lumpur yang hitam, di mana ajaran Islam yang mulia menenggelamkan tradisi kejam tersebut serta mengecamnya.


No comments:

Post a Comment