@_@ TEMAN setia @_@

Sunday 25 March 2012

BAGAIMANA ISLAM WUJUD?

Al-Qur’an merupakan wahyu Allah yang benar. Nabi Muhammad  S.A.W telah menyampaikan wahyu-wahyu Allah kepada umatnya tanpa mengubah sedikitpun wahyu-wahyu tersebut. Semua yang terkandung di dalam Al-quran adalah seratus peratus benar. Alkitab suatu ketika dahulu memang benar ajarannya tetapi mestilah yang original. Maksud saya di sini, ia tidak dicampurkan dengan kata-kata logik manusia dan pengubahsuaian isi yang terkandung. Puak Yahudilah (yang tidak mahu menerima kebenaran) yang sebenarnya. Ia juga terjadi kepada kitab-kitab Allah yang lain iaitu Taurat dan Zabur. Al-quran merupakan gabungan kitab-kitab Allah terdahulu(Taurat, Zabur, dan Injil/Alkitab). Walau bagaimanapun, wahyu ketiga-tiga kitab tersebut di sampaikan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Maknanya, segala isi-isi yang terkandung di dalam al-quran merupakan isi-isi original kitab Taurat, Zabur, dan Alkitab.


Pada suatu ketika dahulu, Kristian memang agama yang benar kerana umat pada ketika itu seratus peratus mengikut agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa A.S. / Yesus. Oleh sebab kejahilan Yahudi yang tidak mahu menerima ajaran tersebut. Mereka telah menangkap Yesus dan menyalib Yesus. Kemudian bermulalah zaman kegelapan rohani apabila mereka cuba menyesatkan umat Kristian. Pengakuan tentang ‘Yesus anak Tuhan’, Allah adalah ‘Tuhan Bapa’, dan Maryam adalah ‘Tuhan Ibu’ merupakan kepalsuan oleh puak Yahudi.  Allah itu Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Bijaksana, Allah tidak mempunyai anak dan Dia tidak diperanakkan (Allah itu semula jadi). Dia boleh melakukan apa saja keatas makhluknya. Dengan kekuasaanNya, Siti Maryam boleh mengandungkan Isa. 

Sebenarnya mengikut wahyu Allah di dalam Al-Qur’an, Dia telah mengangkat Isa ke langit dan menggantikan seseorang yang sama dengan Yesus. Ini menunjukkan Allah Maha Kuasa. Pernyataan bahawa Islam itu ganas juga mereka yang lakukan. Islam sebenarnya banyak mengajar nilai kasih sayang.Kitab Bible sebenarnya tidak wujud kerana itu bukan kitab Allah. Isi kandungan Al-quran tidak berubah walau sedikitpun sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga kini. Cuma kebanyakan umatnya saja yang sudah banyak terpengaruh dengan Yahudi. Sekarang ini, mereka sudah merosakkan agama kita. Umatnya Kristian telah dapat dirosakkan oleh mereka melalui kepercayaan iaitu penyelewengan Alkitab. Umat Islam pula, mereka berjaya merosakkannya melalui akidah atau rohani. 

Setelah mereka berjaya merosakkan Kristian, Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka tidak berjaya menyeleweng Al-quran dan mengajak Muhammad kembali kafir, lalu mereka menghasut puak Yahudi pula dengan menyatakan Muhammad banyak malakukan kesalahan. Satu lagi, penyataan mereka tentang kita manusia mewarisi dosa-dosa manusia terdahulu juga palsu.. Allah telah menetapkan setiap manusia menanggung dosa masing-masing. 


No comments:

Post a Comment