|
GEJALA GAY DI MALAYSIA
Kemelut seks abnormal makin mengancam dunia. Gejala homoseksual
mempunyai sejarah tersendiri. Manusia pernah ditimpa musibah besar
angkara gejala itu sebagaimana peristiwa Nabi Luth dan apa yang berlaku
di bandar Pompei, Itali. Lihatlah kesan kemusnahan dan bencana alam
yang ditinggalkan untuk renungan dan ingatan umat selepas itu.
Namun manusia kembali leka. Hari ini, gejala tersebut begitu
berleluasa. Ia bukan lagi tertumpu di negara sekular malah merebak ke
negara-negara Islam. Saiz komuniti homoseksual sama ada gay mahu pun
lesbian kian membesar di seluruh dunia, menjadi satu angkatan yang
seakan tidak terhalang ledakannya. Walaupun tergolong sebagai manusia
bermoral rendah, celaru dan gagal memahami fungsi seksual diri sendiri,
makin ramai daripada pengamal homoseksual diangkat menjadi pemimpin.
Meskipun agama tidak membenarkan dan majoriti masyarakat menolak
golongan itu menjadi pemimpin, namun di Barat, ramai daripada mereka
sudah ke persada kuasa. Jumlah yang menjadi Datuk Bandar, Senator,
Gabenor, Menteri malah Perdana Menteri, bertambah dengan agak mendadak.
Itu belum menyentuh kelompok lain terutama personaliti dunia hiburan
Barat, yang jauh menonjol. (Kebanyakan mereka pada mulanya menafikan
terlibat, namun akhirnya membuat pengakuan sebagai gay atau lesbian.)
Perkahwinan sejenis bukan lagi sesuatu yang janggal. Perjuangan bagi
menuntut hak untuk golongan tersebut, menampakkan banyak peningkatan.
Di sebahagian negara Asia, memperjuangkan kepentingan golongan tersebut
bukan lagi sesuatu yang tabu. Jika gejala ini tidak mampu dibendung,
apa akan jadi dengan masyarakat dunia pada 10, 25 tahun dan 50 tahun
lagi? Tidakkah persekitaran dunia homoseksual ini akan membawa mudarat
besar buat generasi anak dan cucu kita?
Pertanyaan ini dilontarkan kerana sesungguhnya terlalu banyak
persoalan yang berlegar berhubung isu ancaman homoseksual kepada umat
manusia termasuk di negara ini.
Di Malaysia, ramai anak muda sudah terjebak dengan gejala itu.
Kelab-kelab, spa dan rumah urut gay beroperasi secara tertutup dalam
apa yang dianggap sebagai gerakan gay underground. Terbaru
terdapat pengumuman yang mengaku ” saya gay, saya ok” dari
seorang MELAYU ISLAM di Malaysia. Tidakkah ini membimbangkan?
Internet turut menjadi senjata bagi golongan gay untuk mempromosi
kegiatan dan budaya golongan tersebut menerusi laman web tertentu. Tidak
pasti sejauh manakah pihak berkuasa memantau hal ini. Tetapi
berdasarkan laman web itu dan banyak petunjuk lagi, boleh dirumuskan
bahawa pasangan gay dan lesbian makin bebas melakukan aktiviti seks luar
tabi'e. Sedangkan tindakan penguatkuasaan amat terhad malah cukup
kompleks untuk menanganinya. Kalau dahulu lelaki dan wanita boleh
ditangkap kerana bersekududukan tetapi apa tindakan pihak berkuasa agama
jika sesama lelaki bersekedudukan?
Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin
berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan
diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan
sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual
termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.
Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila
mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Kalau
dibongkar habis-habisan, pasti ia lebih menggerunkan. Mungkin sama
dahsyat dengan keadaan di Uganda.
|
|
sebenarnya banyak lagi gambar tapi agak memalukan, sekeping pun dah cukup membuktikan berleluasanya gejala sosial dan hubungan ini di Malaysia kini :) <---- y_a_h
ReplyDelete