@_@ TEMAN setia @_@

Monday, 19 March 2012

Wanita Dalam Pandangan Bangsa Rom

Bangsa Rom di anggap sebagai bangsa yang paling maju selepas Yunani. Namun apabila kita teliti, undang-undang dan sistem sosial mereka ternya sangat menzalimi, merendah-rendahkan dan menindas kaum wanita. Di kalangan mereka sangat terkenal syair " Belenggu wanita tidak mungkin dicabut dan kebebasan mereka tidak mungkin dilepas". Kaum lelaki dalam masyarakat Rom mempunyai hak mutlak terhadap keluarganya, bagaikan seorang raja kepada rakyat layaknya.

"Dia bebas memperlakukan isterinya semahu-mahunya, bahkan dalam keadaan tertentu dia boleh membunuh isterinya".

Ketika peradaban dan kebudayaan bangsa Rom mulai berkembang, penindasan mulai berkurang, namun tanggapan dan sikap memperkecil-kecilkan kaum wanita masih berlangsung dan meraka tetap memperlakukan wanita bagaikan pelayan. Kaum wanita hanya dianggap sebagai pemuas nafsu syahwat lelaki. Pada akhirnya, eksploitasi  dan pencabulan hak wanita merebak di mana-mana, bahkan panggung teater juga turut mengalami perubahan yang amat drastik,kerana ada di antara tayangan yang ditayangkan ialah pertandingan wanita telanjang. Di kalangan mereka juga terdapat tradisi mandi bersama di antara kaum lelaki dan wanita di tempat umum yang dapat disaksikan oleh orang ramai.

"Perbuatan tidak senonoh dan tradisi cabul ini sehingga sekarang masih sering dianjurkan, cuma ia diadakan atas nama keterbukaan, modenisasi atau pembaharuan."

Mereka juga mempunyai tradisi mudah bercerai di kalangan pasangan suami dan isteri meskipun kerana sebab yang remeh, sehingga angka penceraian begitu tinggi di kalangan masyarakat mereka. Bahkan kerana begitu tingginya angka perceraian, hal ini membuatkan para wanita mudah berganti-ganti pasangan tanpa rasa berdosa atau malu.

Kardial Gerum
Hal yang paling menghairahkan adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Kardinal Gerum (340 - 420M ) bahawa terdapat seorang wanita yang berkahwin untuk kali yang kedua puluh tiga dan pada masa yang sama dia merupakan isteri kedua puluh satu kepada suaminya yang terakhir.

Kemerosotan akhlak inilah yang akhirnya benar-benar menghancurkan bangsa Rom sebagaimana yang dialami oleh bangsa Yunani sebelumnya. Semua ini tidak lain kerana mereka telah tenggelam dalam runtuhan nafsu syahwat yang tidak layak dilakukan oelh seorang manusia.

No comments:

Post a Comment